DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja selaku Pro-Canselor UTHM berangkat hadir mengisytiharkan Majlis Pembukaan Istiadat Konvokesyen ke-19 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah-anugerah akademik yang lain pada 19 Oktober 2019.
Baginda turut bertitah “Setiap warga universiti dan graduan hendaklah memberi fokus kepada pembangunan modal insan yang berdaya maju, penyebaran khidmat profesional yang berkesan serta penyelidikan yang berkualiti tinggi agar membawa sesuatu yang manfaat kepada masyarakat sekeliling khususnya di Negeri Johor.”
“Tanggungjawab ini perlulah dilaksanakan secara profesional demi kepentingan bersama dan tidak bersifat individu atau politik. Universiti adalah tempat untuk mencari dan menyampaikan ilmu, bukan tempat untuk menyebarkan ideologi demi kepentingan individu dan politik.” Allah Peliharakan Sultan.
———
HRH Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Regent of Johor, as UTHM pro-chancellor officiated the opening ceremony of the 19th Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) convocation and completed the presentation of certificates and other academic titles on 19 October 2019.
His Royal Highness decreed, "All university members and graduates must focus on developing into good role models, providing effective and professional services, and doing high-quality research that can be beneficial to the society, especially in Johor."
"This responsibility must be carried out professionally for everyone's benefit and not individuals or politics. A university is a place to seek and share knowledge, not to spread ideologies for personal and political gains." Allah Peliharakan Sultan.